Tuesday, June 28, 2011

DuNia SebEnAr SuDah kEmBAli

                                            SALAM SANJO UNTUK SEMUA,,,,,,


          Assalamualaikum,,, Sanjo terlebih dahulu ingin memohonamun bebanyak kat member semua,,
   Kalau ada salah silap ,harap dapat memaafkan,,,, Dunia sebenar sudah tiba,,Now, masa tuk Sanjo mencari keje,,tp dah Setengah Tahun tamat pengajian,,masih lagi temi pekerjaan yang lebih baik,, tp xe,,jgn terburu2,,,kita kne pecaya,,reek itu ade dimana2 je,,,yang enting kite erlu usaha mencari,,,,

          Diam x diamumo Sanjo pon dah meningkat,,,

Plaling detik yang Sanjo sdih,,semasa abah Sanjo jatuh sakit,coz kena HeartAttack,,,,, Abh dpt sakit tme semingu After Sanjo Convo,,,tyme tu sgt terkejut,,,rs nak menagis pn ade (padahal air mata dah bergenang)... abh ditahan kt wadhmir semiggu,,,Ahmdllah,,,dh eh kuar Wad,,,


Dalam etik selang sebulan, Abh terena Heart Attack yang Kedua,,kali ni keadaan abh Sgt2kritikalsmaikan masuk wad ICU dlm 4 hary,, dan pd masa hary pertama,,,Dr said,, harapan niis dan egera telfon adik bradik da sedara mara,,,time tue JAntung Sanjo berdegup laju,,lm otak nieasyik Pikir****.......
Sanjo menagis coz lihat wajah Mak ynag hiba,,,,

Tyme Tu jgak la Sanjo g Surau buat sembahyang hajat dan sunatlain.. Sanjo berdoa dan bacakan Yassin,,,,,bile kite tgh susah disitula tempat kite bermohon,,,,

Sanjo x lupe jugak at NOk Sya dan Syu coz dyorg sudi dtg dlm keadaan yang hiba bila Sanjo tgk,,,tengs korang,,,kenangan Sanjo x dpt lupetyme tue,,,,,



Now,,,,,abah dah ebali pulih,,dan apa yang Sanjo arapkan Abh selalu2 lah mkn ubat,,,dan Sanjo knebalas jasa Abh dan MAk dulu,,,  Sanjo kne lekatkan pendirian Sanjo dlm haty nie,,AQue mesty boleh lakukan pembaharuan yang baru,,,,


Hope citekehidupa Sanjo nie dapat dittianunTuk Sanjo dan sesiapa Saja,,,,

Jalo Ngapuro Nie karo sopo2 seng Aku gawe salah,,,yooooooo

Monday, January 10, 2011

My Convocation Day

                Diam tak diam,,hari KOnvokesyen Aku dh nak hampir pada Kemuncaknya,,Bertarikh 19hb  
                         Mac ( SABTU ). Jadi, kat kengkawan AQue, diJemput hadir lah dlm perasmian
                                 Konvokesyen tersebut...Nak dipendekan Citer,,mane yang Sempatlah
                                        ikut kowrang,,yerla lagi pon tempat Graduasi di camPUs
                                               Kejuruteraan Nibong Tebal...USM............

                                                 CUme yang aQue harapkan,,pada Event
                                            terSebut dpt lah berubah keadaan yang baik dan
                                         best bg AQue,,yerla seuMUr hidUp sekAli je kan,,..
                                     Hope sgt semuanya berjalan dgn LAncar beB,,,,,,,,,,,,,,,,,,
                             Pada mulanya aQue memG xberSemangat nk dgr,,sbb tibe2 je dibgthu
                        tempat nk KOnvo di KEJUT,,memg hamPEh punah,,tp bile di pIKIr2kan,,xpela,
                   terima jerk yang ade,,Sedar,,masuk pOn pada Bulan yang pelik,,mesty habis pon bulan
                   Yang  pelik,,xsama cm sume pelajar len,,rs terasing jerk diri nie,, BUt,,,,,,, sume tu dah
                             xpelik dh bg AQue,,aQue jadi x kisah je kot,,hehe,,ape2 pon hppy sudah,,
                                     dan AQue doakan kwn2 aQue yang masih berjuang teruskan
                                                         usaha anda,,gudlUCk in ur life,,,

Monday, November 22, 2010

EspeCiallY For NOks NOks Ku,,

        DeriTA Dalam SeNYuman,,

RuaNg SenanDunG Di Anjung SelataN,,
Bahgia berSama Kuage IKMARIAN
Hati TeRsEpit dalam PersaAn
BerSama NOks Noks SeBAgai Hiburan,,

Bersame 5 oRg N0k dlm GenG IKMAR,,Slh sorg
Ialah Nok G, FiFi, Sya, Syu dan Tata
Kepala MemAng layan,
KegeDiikan Memg BersepAh,
BRckap Memg HOT!!!
Ketawa Memg HAram,
Mengumpat Mcm Raja & Queenss
Jeles Mcm Real,,
but,,,,,,

Sume Itu sekadar HIburan,,,
Sbg KetenaGAn diKala TenSIon,sEdih,marah dan Segala
sifat NAfsu Ammarah, lAwwamah & MulhAmah,,

KLu nak TAhu U ALLs,,,
KAmi NOk2 NI memg GenTLe,,
Bab JEriT MEmG JANTAN,,
hahahah,,,,
Tapi KLu KEdukaan,kesedihan nie
memg PAhit kami  hArungi,,
Perlukan Teman,,Kwn,,dan kuage,,
alahai,,,Si NOKs,,,

NOks Sya,,lepasni NOk G nk tinggalKAn USM,jd
U teruskan la DGn NOk Syu k,jgn NAkal2,
layan La NOK FiFi dgn TaTa,,
sPy nty xbergADuh,
dpt keadilan YAng samaratA,,

NoK G pon Sedih la JUgak Sbb dh HAbis mengAji,,
XPela,Ade MS lg TUk kITe beRJUmpe Di BATU pAHAT,,
NOk G akan Tggu U All's,,
nNty kite BUAt BBQ same K,,
SYG u ALLs,,,

Dh2,,JGn sedih2 Lg,,teruskAN dgN NOKs NOks
korg Ye,,hhe PEACE<<


Saturday, November 20, 2010

MeNu MaSakAn UnTuk Malam Nie,,,

      NasI BaRiYaNi + AyaM KuRma + AyAm GorenG + RojAk +
                                         AiR BAnDunG




                                MaLam TerakHIr MeMasAk DI BiLik AQue,,pada 20hb 11 2010...
                   hari SABTU. AQue nk msk lauk ni semUA unTUk memBer2 AQue,,maklumlah AQue
                        ni nak HAbis dah,lagi2 paper Exam POn lame lg,,SO xtahu nk buat ape,,apelagi,,
                                           AQue g la Beli baraNG kat TESCO dan JUSCO tuk
                                                   belI bahan mknan TUk malaM ni,,Xdapat
                                                        Tidak AQue ape lg,,nak mkn Sgt la 
                                                                     mknan nie,,hahaha


Malam Ni hidanGAn pasTI meleTOPP lah,, AQue mkn 5 Org,,,, AQUe, Chip, MurSYidul, Mizie dan PARA,,,,genG kePala BaTU dan Kepala GeDikkKKKK,,haha



Menu (1)

NasI BariyAni AraB: Nasi ni khas dibuat OLeh Nok TaTa yang mane ramUAn dia sgt2 seDap,,NAk masak SenANg je,,Ade BErAS BASmATi YAng sekIlo Rm 10 pon dah canTEk,,meLtup,,xlUPe,,pereNcah memG kne StanDbye la,,,hehehe, Care  mSk memG simPle,,Msk Ala2 cm MSk naSi kukus Gitue,,PERGH melETup,,HArgA seBesen Rm 50,,,Sesiapa YAnG nak BOleh lah Booking ya,,,




Menu (2)

KalaU ada Nasi BariyAni AraB tp tanpa Ayam GOrenG berepAh ala GeDiikk memg x mjADi beb,,,AyaM berempah ni memG WAjib ada,,Ayam ni diResePi kan OLeh NOk Fifi dan Nok Syu,,memG terbaik,,diGAul dgN rs penuH sayang GediiKK,,
KalAu nak temPh Rm 25 jerk,,




Menu (3)

MasakAn lauK "AyaM kURma Ala Nok Nok uiiii rasa Sayang",,,,,,Tanpa AyaM kurma BUkan
la HidanGAn yanG lengKAp,,,Ia umpama PenYEri dalam HidanGAn yanG Sungguh enak da LAzat,MasakaN ayAm kurMA ini Dimasak oleh NOk G, Fifi, Syu, dan TaTa,,sunGGuh enak rmuan nya dan sape Yang menGhidu baunya umpama HIlang lah segAla Tension dlm Diri,,
HIdaNGaN ini klu nk tempAh Rm 30 JErk,,Heheh OPS,,,




MeNu (4)

HidanGAn MInumAn yanG palINg SekSi dan Hot ialah "Sirap BanDUng Ala Free"..Klu kor tgk warne POn dah jamBU an,apateh lagi MInum msty rasa Nyaman je,,minUm ekalI pasti Nk lagi,,hehhe
Air BANDUng ni dibuat OleH PAra2 SakurAnEon,,,Dia expert bab2 Air nie,,Otak POn dah MaSUk air,, KAlAu nak Tepah leh jerk,Rm 10 JErk,,mUrah,,




Menu (5)

MeNU Rojak SwetsoUr NIe memG semestyr PatanG laranG nek MOyang AQue,klu msk bariyani xde rojak memg xmasyukk,,KOt2 la kan sx mkn rs panas,,Rojak ni lah Yang buat hati btmbah sejUK beb,,heheKlu korg nk TAckle awek POn mkn la RojAk SweetSOur nie,pasni meletUp, Rojak n NOk Fifi Yang Buat,Dia Bile rindu yr dtg kat Seseorg memg pantanG la Mesty buat rOJAk pUnyer,,Nak Tempah boleh saje,,Rm 5 jerk,,


KOrg,,ni La menU ala2 KObOi yanG smPAt dijADikan HidanGAn da tatapan Umum TUk semUA,
SebaranG pertanYAan dan Inin KAn SEcret reSipi BOleh JErk KOmen,,hehehe
 PEACE SANJO<<

                                                           

Thursday, November 11, 2010

RuaNG PenDidiKAn Alam SekiTAR,,,GEOGRAFI

               

                   Pencemaran MARIN di MALAYSIA

    
          Pencemaran marin atau pencemaran di perairan pinggir pantai mempunyai kaitan yang rapat dengan pencemaran sungai. Jika sungai dicemari, perairan pinggir pantai juga akan mengalami masalah pencemaran. Aktiviti pembangunan yang terlalu pesat khususnya di kawasan zon pinggir pantai dalam sektor pertanian, pembalakan, perindustrian, pembandaran dan perumahan serta pelancongan telah menyebabkan air laut seolah-olah tidak mampu menerima beban pencemaran yang terlalu banyak masa kini sehingga berlakunya masalah pencemaran marin. Pencemaran marin berpunca daripada tiga sumber yang utama iaitu melalui saliran sungai ke laut, larian air permukaan di sepanjang pinggir pantai dan tumpahan minyak yang berlaku di laut. Dalam kes pencemaran marin, ia boleh dinyatakan dalam beberapa parameter seperti minyak dan gris (O&G), jumlah pepejal terampai (TSS), bakteria Koliform (E.coli) serta logam berat seperti kuprum, raksa, plumbum, kadmium, arsenic dan kromium. Dua pertiga penduduk dunia mendiami kawasan zon pinggir pantai (UNEP, 1999). Secara tidak langsung masalah pencemaran yang berlaku sudah semestinya memberi impak kepada kehidupan manusia sama ada dari segi aspek sosial, ekonomi dan juga kesihatan. Justeru, dalam esei ini akan memberi fokus kepada masalah pencemaran yang berlaku di kawasan perairan pantai Selat Melaka dan Laut China Selatan.

          Esei ini juga membincangkan tentang peranan pihak kerajaan dalam menangani masalah pencemaran marin melalui agensi-agensi maritim dan terdapat juga penguatkuasaan undang-undang yang telah diperuntukan mengikut akta dan sebagainya. Tambahan lagi, wujudnya strategi pelan pembangunan dalam memperbaiki kesejahteraan alam sekitar. Oleh hal sedemikian, segala masalah pencemaran marin ini akan memberi impak yang besar ke atas alam sekitar dan ruang. Kesannya akan menyebabkan keadaan kualiti hidup manusia terjejas kerana sumber makanan protein utama khususnya ikan, dan makanan laut turut terjejas akibat masalah ini. Jadi sebagai manusia kita harus menjaga alam ini dengan sebaik mungkin bagi mengekalkan kefungsiannya demi generasi akan datang.

Pencemaran Marin  Di Malaysia

          Umumnya pencemaran marin dianggap tidak membimbangkan kerana air laut mampu meneutralkan segala bahan pencemar sama ada dari kawasan daratan melalui sungai atau dari laut. Walaupun begitu, dengan pembangunan yang pesat berlaku di zon pinggir pantai khususnya aktiviti perindustrian, pembandaran dan aktiviti rekreasi dan pelancongan di persekitaran pinggir pantai, masalah ini tidak boleh dianggap sebagai masalah kecil dan ianya perlu diberi perhatian serius. Sepertimana yang kita tahu, sektor perikanan merupakan pembekal utama ikan sebagai sumber makanan dan protein di Malaysia. Jadi masalah ini jika tidak dikawal akan memberi kesan terhadap ekonomi negara khususnya dalam sektor perikanan dan pelancongan.
     
          Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air. Justeru itu, Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar. Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia. Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki.     (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia).

         Berdasarkan kepada pemonitoran yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dari tahun 1999 hingga 2004 mendapati beberapa perairan negara mengalami masalah pencemaran marin yang melampaui standard interim kualiti air marin yang dicadangkan khususnya bagi parameter minyak dan gris (O&G), jumlah pepejal terampai (TSS) dan bakteria koliform (E.coli). Punca pencemar bagi paramater O&G adalah dari tumpahan minyak dari kapal-kapal pengangkut sama ada semasa pembersihan kapal atau tangki minyak. Sementara itu, sebahagian besar parameter pencemar TSS dan E.coli berpunca daripada aktiviti pembangunan di kawasan pinggir pantai seperti aktiviti pembinaan, perindustrian, domestik dan penternakan. Menurut Jamaluddin & Kadaruddin (1997), pembinaan pusat-pusat tarikan pelancong di persekitaran pinggir pantai telah memberi impak negatif daripada segi pencemaran dan potensi berlakunya hakisan pantai.

         Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar. Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya. Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan. (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala      
Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
                                                         
                                                            
                                                        
Gambar ini menunjukkan suatu  kawasan yang berlaku pencemaran marin di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan.


          Dalam langkah mengatasi masalah pencemaran marin ini, pihak kerajaan seharusnya berperanan dalam segala tindakan yang diambil. Dalam segala tindakan ini, pihak kerajaan telah bekerjasama dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia untuk bersama-sama menangani masalah pencemaran diperairan pantai Selat Melaka. Selain kerjasama antara negara luar, pihak kerajaan juga telah mengambil tindakan strategik sendiri dengan adanya agensi-agensi keselamatan dalam negara untuk memantau dan menjaga keamanan negara dalam memastikan perairan negara tidak diceroboh oleh mana-mana pihak dan tidak  
melakukan kerosakan di atas permukaan air laut. Dengan wujudnya kerjasama oleh negara-negara berpantai di rantau Asia Tenggara, terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama. Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara. Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya.

         Dalam satu kes kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut. Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran. Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya. Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar.

         Dalam keadaan semasa, Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN,  mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka. Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar. Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia. Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini. Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA). Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini. Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC). Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile. Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak.
Pada tahun 1992, Singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasi masalah tumpahan minyak. East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka. Syarikat-syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell. Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia.

           Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain. Hal ini kerana tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras. Walaubagaimanapun, terdapat juga cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu  mengepung dan mengumpul tumpahan dengan menggunakan dispersent dan bahan kimia. Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah lokasi tumpahan, kuantiti tumpahan, jenis tumpahan dan keadaan laut. Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah.
Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara lain. Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah Rancangan Kontigen Lombok - Makasar, Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore, Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei
Darussalam dan  ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP).

          Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelakan berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang.
Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara berleluasa. Antaranya ialah masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih
mendalam dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.

          Selain itu, saranan dan peranan seterusnya melalui Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemarkan laut dan pantai. Kerajaan harus menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi yang dianggotai dalam kalangan negara-negara berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka supaya membolehkan untuk meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya. Saranan berikutnya kepada semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol. Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran marin akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia pelbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.

          Walaubagaimanapun, terdapat juga peranan daripada agensi-sgensi maritim yang lain. Antaranya ialah Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah, Jabatan Laut Sarawak, Jabatan Perikanan, Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, dan Jabatan Alam Sekitar. Peranannya adalah meronda, menahan, mengambil contoh di laut dan di kapal, menjalankan penyiasatan dan mengawasi kapal-kapal yang ditahan. Selain itu, Jabatan Kastam & Eksais DiRaja Malaysia hendaklah menguatkuasa peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan pengimportan dan pengeksportan bahan buangan terjadual. Di dalam perairan ZEE, agensi terbabit perlulah menjalankan penguatkuasaan seperti yang termaktub di dalam seksyen 24 Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984.

         Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan peruntukan undang-undang bagi memastikan masalah pencemaran ini dapat dikawal dengan baik. Segala tindakan yang dilaksanakan juga dapat diperincikan dengan berkesan bagi membolehkan setiap kesalahan yang dilakukan dapat diberi perhatian yang khusus. Antara peruntukan undang-undang  yang dikuatkuasakan ialah peruntukan am Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS),1974 (Pindaan 1996), Akta Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), 1984, Akta Kastam 1967 (Semakan 1990), dan sebagainya. Penguatkuasaan pencemaran marin adalah tertakluk di bawah Seksyen-Seksyen Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 (Pindaan 1996), Peraturan-Peraturan di bawahnya dan Perintah-Perintah Kualiti Alam Sekeliling seperti berikut.
(a) Seksyen-Seksyen Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 1996)
      (i)  Seksyen 18 (Pembawa yang ditetapkan hendaklah dilesen), Seksyen 19
           (Larangan terhadap menyebabkan kenderaan, kapal atau premis menjadi
            pembawa yang ditetapkan atau premis yang ditetapkan),
     (ii)  Seksyen 27 (Melepaskan minyak ke dalam Perairan Malaysia di larang),
     (iii) Seksyen 29 (Melepaskan buangan ke dalam perairan Malaysia di larang)
     (iv) ,Seksyen 31 (Kuasa menghendaki pemunya atau penduduk memasang,
            mengendali, membaiki, dsb),
     (v)   Seksyen 32 ( Pemunya atau penduduk hendaklah menyenggara dan
            mengendalikan kelengkapan),
     (vi)  Seksyen 33A (Audit alam sekeliling),
     (vii) Seksyen 34B (Larangan terhadap penempatan, peletakan, dsb. buangan
             terjadual),
    (viii)  Seksyen 37 (Pemunya atau penduduk hendaklah memberi maklumat),
    (ix)   Seksyen 38 (Kuasa untuk menahan, menaiki, menggeledah dan sebagainya) ,
             Seksyen 38A (Kuasa untuk memeriksa orang yang mengetahui kes),
    (x)    Seksyen 46A (Kuasa menyita kenderaan atau kapal),
    (xi)   Seksyen 46B (Kuasa perlucuthakan dan pelupusan),
    (xii)  Seksyen 46C (Penyitaan dan perlucuthakan kenderaan atau kapal),
    (xiii) Seksyen 46D (Tiada kos atau gantirugi berbangkit daripada penyitaan
             melainkan jika penyitaan dibuat tanpa sebab yang munasabah) ,
    (xiv) Seksyen 46E (Pampasan bagi kerugian atau kerosakan kepada harta),
    (xv)  Seksyen 47 (Kuasa bagi menuntut kos dan dan perbelanjaan) dan
    (xvi) Seksyen 48 (Kuasa untuk menahan dan menjual kapal), AKAS, 1974 (Pindaan      
            1996);
(b) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 1989;
(c) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang Ditetapkan)      
     (Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual; 1989 dan
(d) Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Pencemaran Marin) 1993 dan
      1994.

        Selain itu, penguatkuasaan pencemaran marin di bawah Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984 adalah tertakluk di bawah seksyen-seksyen berikut.
     (i)    Seksyen 10 (Kesalahan kerana membuang atau melepaskan bahan-bahan tertentu);
     (ii)   Seksyen 11 (Pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen 10);
     (iii)  Seksyen 12 ( Keperluan bagi pembuangan atau melepaskan bahan-bahan tertentu
             mesti dilaporkan);
     (iv)  Seksyen 13 (Pengukuran berhubung dengan kemalangan maritim);
     (v)   Seksyen 14 (Arahan dan tindakan untuk mengeluarkan, menyebar, memusnah atau
             mencegah kerosakan);
    (vi)   Seksyen 15 (Kuasa untuk menahan dan menjual kapal);
    (vi)   Seksyen 24 (Kuasa-kuasa pegawai berkuasa);
    (vii)  Seksyen 25 (Kejar buru);
    (viii) Seksyen 26 (Bagaimana orang yang ditangkap diuruskan);
    (ix)   Seksyen 27 (Bagaimana vesel yang ditahan diuruskan);
    (x)    Seksyen 28 (Menghalang pegawai berkuasa dll); dan
    (vii) Seksyen 40 (Kerosakan terhadap harta benda atau orang perseorangan atau alam
            sekitar di dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif atau didalam kawasan pelantar  
            benua).

      Penguatkuasaan melalui Akta Kastam 1967 (Semakan 1990) yang mana Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport), 1988 - Butiran 13, Jadual Ketiga - "Pindaan No.2, 1993" menerangkan bahawa di bawah perintah-perintah ini pengimportan dan pengeksportan buangan terjadual hanya boleh dibuat setelah mendapat terlebih dahulu kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling. Pihak Kastam akan memantau dan memeriksa segala barangan buangan yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib dan kepada sesiapa yang bersalah akan dikenakan denda dan tindakan undang-undang yang setimpal.

          Selain itu, langkah tindakan semerta yang harus dititikberatkan oleh pihak berwajib adalah dengan mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat pada semua peringkat (kebangsaan, tempatan, dan luar bandar). Program kesedaran melalui pendidikan dapat memberi pendedahan maklumat kepada pelajar tentang perlunya menjaga alam sekitar khususnya penjagaan laut supaya masalah pencemaran marin dapat diatasi. Program ini dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Seterusnya, melalui risalah-risalah yang dipaparkan didada-dada akhbar sebagai saluran maklumat komuniti agar mereka mengetahui tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Penglibatan media massa dalam kempen kesedaran ini dapat menambah  pelbagai input kepada masyarakat tentang hak penjagaan alam sekitar kerana media massa seperti media elektronik dan media cetak adalah salah satu medium terbaik untuk penyaluran maklumat kempen. Sebagai contoh Kempen Pembersihan Pantai di Pulau Pinang yang telah dijalankan oleh Kelab Alam Sekitar, USM pada bulan lalu.
         Kesimpulan,  bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat dan kasih sayang harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih. Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi. Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Sunday, November 7, 2010

DuniA baRu AQue YAnG TerakhIR di MEnaRa GAdiNG,,,

    
                                                    
             HilangLah gelaraN SeoraNG MAhaSisWA ,,,        




     Hye Korang,,AQue nak ucapkan terima ksh kat Sume memBer2 Aque di USM,, Pejam celik Pejam celik,,tiktok,,,tiktok,,dah 3tahun aQue kt cni,,cePAt ms berlalu wei,,,mcm baru bulAn lepAS je aQue dtg USM mendaftarkan dIRi,,,lepasNI AQue lak nk tinggalKAn USM,,,,,


    AQue nk mintak maap kt korg klu AQue ade wt slh ke,,wt muke ketat ke,,atau ade hutang ke,mintak halal mintak ampun,,dan AQue nk mintak korg doakan kebahgian AQue setelah aQue tamat pengajian NTy supaya Dpt kerja y elok2,,Dan aQue jugak nk doakan KOrg semoGA success dlM pelajaran dan menDapat Keje yang baik2,,

   
      HOpe kite dpt bjuMpe lg pada suasane yang meriah lepas blaja ni,,kite leh wt reunion besar2,suka tawa dan duka sama2,,JAdi lepas ni tinggalLAh AQue dengan gelaran "mahasiswa",,dan aQue akan menjadi sorg gelaran manusia biase dah,hehehe but its OK la,,pengalamAN di UNIVERSITI memang manis bg AQue dan aku SOnok sgt2,,yeahh!!!!    " WE LEAD "


      SebelUm aQue nak tingGAlkan USM ni,,aQue nk NyanYi jugak LAgu USM,,dgn penuH semanGAt,,yela AQue mula2 masuk USm pon xdisuruh nyaNyi,,hahaha



Menara Ilmu

Universiti Sains Malaysia
Menara ilmu tercinta
Jadi tumpuan antarabangsa
Untuk segala cita-cita

Berinovasi, berteknologi
Berwawasan, berkualiti
Biar usaha kami bersemi
Hasrat nyala berseri
(ulang rangkap 1)



                                                                      Ciptaan: Jimmy Boyle 
                                              Lirik: Prof. Madya Ismail Abdullah

Sunday, October 31, 2010

PhiLosoPhy HidUP AQue,,,

      ILMU TANPA DICARI MEMBAWA KEROSAKAN PADA DIRI

         Falsafah hidup AQue adalah menceritakan tentang ilmu. Ilmu sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana dengan ilmu kita dapat menjalankan ibadah suruhan Allah s.w.t.  Dengan ilmu jugalah kita dapat menjauhi segala perkara yang dilarang oleh-Nya (mazmumah) dan  mendekatkan diri kita dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Ilmu tasawwuf mempunyai hubungan dengan akhlak. Maka, akhlak yang baik mencerminkan seseorang manusia itu yang berilmu tinggi dan kerana ilmu juga kita sebagai manusia boleh melawan hawa nafsu jahat iaitu ammarah, lawwamah dan mulhamah. Jadi, sebanyak mana ilmu yang kita perolehi atau dicari ia akan memberi kekuatan pada diri. Akan tetapi ilmu tanpa dicari membawa kerosakan pada diri. Bagi AQue, ilmu yang dicari itu dengan harapan dapat membawa kita ke jalan yang diredhai (mardhatillah) Allah s.w.t.

         Bagi AQue, seseorang yang berakal tanpa ilmu boleh merosak jiwa kerana manusia boleh berfikir akan tetapi tidak pandai untuk bertindak. Jelas sekali menunjukkan seseorang itu hanya mampu merancang dan membuat keputusan tetapi tidak mampu mempengaruhi seluruh fungsi sistem tersebut kerana ketiadaan ilmu di jiwa. Sebagai contoh, dalam menempuhi alam peperiksaan, manusia mampu mendengar, membaca dan memahami tetapi dengan tidak disokongi dengan ilmu fardhu ain ia tidak selaras dengan fungsi itu dan akhirnya jawapan yang ditulis tidak menepati kehendak pemeriksa. Contoh lain, ibarat seorang tukang buat rumah tua yang tidak tahu prinsip “engineering” dalam membuat rumah, dia cuma mempunyai pengalaman yang banyak dalam membuat rumah. Apabila dia dipanggil dan diupah untuk membuat sebuah rumah modern bersama-sama dengan sekumpulan pembuat rumah yang lainnya, dia tidak tahu membaca pelan. Lalu dia membuat rumah tadi cuma berdasarkan pengalamannya sendiri kerana merasakan yang dia telah membuat rumah bertahun-tahun tanpa perlu mengetahui cara membaca pelan. Sedang orang ramai membina rumah mengikut pelan yang diberi, dia cuma mengagak-agak sahaja.
    Kata-kata semangat AQue "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi" PEACE<< =)

       
         Maka, janganlah kita memandang rendah kepada keperluan ilmu pengetahuan dan mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang sedang membawa kerosakan. Jadi, tuntutlah ilmu kerana sesungguhnya ilmu sebagai pengubat dari kebodohan dan penyelewengan hati.
      
        Ada juga kita mendengar pepatah “tuntutlah ilmu sampai ke negeri China” dan “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.

Hadis Tuntut Ilmu Sampai Ke Negeri Cina;

أطلبوا العلم ولو بالصين فان طلب العلم فريضة على كل مسلم يروى عن أنس به مرفوعا وهو
ضعيف
Tuntutlah oleh kamu ilmu sekalipun sampai ke negeri Cina. Kerana menuntut ilmu itu fardhu atas setiap Muslim”.
اُطْلُبِ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدِ
Yang bermaksud : Tuntutlah ilmu dari semenjak buaian hingga ke liang lahad.


        Ilmu yang wajib kita tuntut adalah ilmu yang mempelajari tentang Allah, Rasul-Nya, Agama-Nya dengan dalil-dalil. Kita perlu mencari ilmu sebanyak mungkin supaya nanti dengan ilmu itu kita dapat jadikan ia sebagai bekalan akhirat.