ILMU TANPA DICARI MEMBAWA KEROSAKAN PADA DIRI
Falsafah hidup AQue adalah menceritakan tentang ilmu. Ilmu sangat penting dalam kehidupan seharian kita kerana dengan ilmu kita dapat menjalankan ibadah suruhan Allah s.w.t. Dengan ilmu jugalah kita dapat menjauhi segala perkara yang dilarang oleh-Nya (mazmumah) dan mendekatkan diri kita dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Ilmu tasawwuf mempunyai hubungan dengan akhlak. Maka, akhlak yang baik mencerminkan seseorang manusia itu yang berilmu tinggi dan kerana ilmu juga kita sebagai manusia boleh melawan hawa nafsu jahat iaitu ammarah, lawwamah dan mulhamah. Jadi, sebanyak mana ilmu yang kita perolehi atau dicari ia akan memberi kekuatan pada diri. Akan tetapi ilmu tanpa dicari membawa kerosakan pada diri. Bagi AQue, ilmu yang dicari itu dengan harapan dapat membawa kita ke jalan yang diredhai (mardhatillah) Allah s.w.t.

Bagi AQue, seseorang yang berakal tanpa ilmu boleh merosak jiwa kerana manusia boleh berfikir akan tetapi tidak pandai untuk bertindak. Jelas sekali menunjukkan seseorang itu hanya mampu merancang dan membuat keputusan tetapi tidak mampu mempengaruhi seluruh fungsi sistem tersebut kerana ketiadaan ilmu di jiwa. Sebagai contoh, dalam menempuhi alam peperiksaan, manusia mampu mendengar, membaca dan memahami tetapi dengan tidak disokongi dengan ilmu fardhu ain ia tidak selaras dengan fungsi itu dan akhirnya jawapan yang ditulis tidak menepati kehendak pemeriksa. Contoh lain, ibarat seorang tukang buat rumah tua yang tidak tahu prinsip “engineering” dalam membuat rumah, dia cuma mempunyai pengalaman yang banyak dalam membuat rumah. Apabila dia dipanggil dan diupah untuk membuat sebuah rumah modern bersama-sama dengan sekumpulan pembuat rumah yang lainnya, dia tidak tahu membaca pelan. Lalu dia membuat rumah tadi cuma berdasarkan pengalamannya sendiri kerana merasakan yang dia telah membuat rumah bertahun-tahun tanpa perlu mengetahui cara membaca pelan. Sedang orang ramai membina rumah mengikut pelan yang diberi, dia cuma mengagak-agak sahaja.
Kata-kata semangat AQue "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi" PEACE<< =) Maka, janganlah kita memandang rendah kepada keperluan ilmu pengetahuan dan mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang sedang membawa kerosakan. Jadi, tuntutlah ilmu kerana sesungguhnya ilmu sebagai pengubat dari kebodohan dan penyelewengan hati.
Ada juga kita mendengar pepatah “tuntutlah ilmu sampai ke negeri China” dan “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.
Hadis Tuntut Ilmu Sampai Ke Negeri Cina;
أطلبوا العلم ولو بالصين فان طلب العلم فريضة على كل مسلم يروى عن أنس به مرفوعا وهو
ضعيف
“Tuntutlah oleh kamu ilmu sekalipun sampai ke negeri Cina. Kerana menuntut ilmu itu fardhu atas setiap Muslim”.
اُطْلُبِ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدِ
Yang bermaksud : Tuntutlah ilmu dari semenjak buaian hingga ke liang lahad.
Ilmu yang wajib kita tuntut adalah ilmu yang mempelajari tentang Allah, Rasul-Nya, Agama-Nya dengan dalil-dalil. Kita perlu mencari ilmu sebanyak mungkin supaya nanti dengan ilmu itu kita dapat jadikan ia sebagai bekalan akhirat.

0 comments:
Post a Comment